PORTFOLIO
Maksud Portfolio
Portfolio merupakan satu koleksi dokumen yang menyimpan tentang maklumat pencapaian pelajar di dalam bidang tertentu untuk menilai tahap kemahiran pelajar dengan bukti-bukti hasil kerjanya yang dilakukan selama mereka belajar. Oleh itu, ia sangat penting bagi memudahkan pelajar untuk menunjuk hasil kerja mereka hanya membuka di dalam laman sesawang tanpa membawa kerja-kerja mereka yang banyak. Ini juga dapat memudahkan lagi untuk menilai hasil kerja mereka dengan mengikut susunan yang diatur dengan kemas, cantik dan menarik.
Kelebihan Portfolio dengan menggunakan element multimedia
- Memberi sesuatu kelainan dan menarik minat untuk meneliti hasil kerja mereka dengan teliti.
- Menjadi lebih menarik dengan adanya animasi, video, teks, grafik dan audio.
- Dapat meningkatkan mutu kerja dengan menggunakan kemahiran yang ada.
- Tidak membosankan dengan adanya element-element tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan